Isu dan kontroversi Raja_Kamarul_Bahrin_Shah_Raja_Ahmad

Pertikaian anak dengan bekas isteri

Pada 1985, dua anak Raja Kamarul Bahrin dipelihara oleh bekas isterinya, Jacqueline Pascarl seorang Cina warga Australia. Mereka bercerai pada 1986. Beliau cuba mendapatkan semula anaknya selama 7 tahun melalui Mahkamah Keluarga Australia pada 1992. Malah hakim Australia melarang membawa anaknya ke Masjid atau hampir 100 meter dari masjid.Jacqueline berkahwin lagi dengan wartawan TV, Iain Gillespie pada 1986. Jacqueline telah menghasilkan dua buah buku bertajuk 'Once I was a Princess' dan 'Since I Was a Princess' (2007).

Akhirnya Raja Kamarul Bahrin membawa anaknya dengan bot nelayan melalui Cape Town, Merauke, Irian Jaya, Sulawesi, Sabah dan kembali ke Kuala Terengganu dengan bantuan Bryan Wickham. Bryan Wickham telah merancang perjalanan darat dan laut selama setahun dan akibatnya merengkok dalam penjara Australia selama setahun. Peristiwa ini semuanya dicatat dan telah dibukukan dengan tajuk 'Raja Bahrin Story' (1997)

Pada 2006, Shah ada melawat ibunya Jacqueline di Melbourne. Iddin juga bertemu dengan ibunya pada 2006 selepas 14 tahun terpisah.

Arkitek terkemuka

Beliau adalah arkitek yang cukup terkenal dengan senibina berteraskan Melayu Tradisional. Dan semakin mendapat perhatian oleh Media dan orang ramai apabila Runtuhnya Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Ramai pihak yang terlibat termasuk arkitek dari pihak pemborong dan jurutera dari kerajaan. Bumbung stadium itu amat besar dan tinggi 30 meter dan dipasang penghawa dingin oleh syarikat Korea Selatan. Kos pembinaan sebanyak RM292 juta dan masih dalam jaminan kontraktor.[4]

Stadium Terengganu Binaan Raja Bahrin Runtuh

Raja Kamarul Bahrin adalah seorang arkitek terkemuka di Malaysia. Namun begitu, setelah stadium rekaannya runtuh beliau diserang oleh pelbagai pihak terutamanya pihak pembangkang. Di antara tuduhan mereka[nyatakan menurut siapa?] adalah, Raja Bahrin cuai dalam melakukan rekaan. Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, sebagai arkitek utama stadium berkenaan, kemudiannya tampil menjelaskan bahawa rekabentuk dan pembinaan bumbung tersebit adalah oleh syarikat asing dan dia tidak terbabit dengannya.[5] Beliau pernah menyarankan supaya pihak berkuasa menyiarkan laporan penuh berhubung kejadian itu agar rakyat tidak tertanya-tanya mengenai siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut. Satu laporan telah dibuat oleh kerajaan Malaysia, berkenaan runtuhan bumbung stadium tersebut.[6]

Calon PAS PRU13 di Kuala Trengganu

Pada 9 April 2013, beliau bersama-sama calon PAS yang lain dipilih untuk bertanding di kerusi Kuala Trengganu.[7]Beliau beriltizam untuk mewakili suara golongan profesional yang tidak diendahkan oleh pentadbiran kerajaan BN dan berharap penyertaannya dalam politik akan memaksa pihak berkuasa menghormati pandangan dan pendapat masyarakat profesional dengan lebih serius.[8] Pada 16 september 2016 , beliau telah keluar parti dan masuk ke Parti Amanah Negara selepas parti Amanah telah ditubuhkan.

Rujukan

WikiPedia: Raja_Kamarul_Bahrin_Shah_Raja_Ahmad http://www.malaysia-chronicle.com/index.php/index.... http://www.malaysiakini.com/news/226277 http://www.malaysiakini.com/news/226345 http://alamakademik.wordpress.com/2009/06/05/raja-... http://undi.info/# http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&d... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&d... http://www.sinarharian.com.my/nasional/raja-bahrin... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt... http://resultpru13.spr.gov.my/module/keputusan/pap...